Terma dan Syarat

 

KENDERAAN

1       Penyewa adalah dinasihatkan untuk memandu di Semenanjung Malaysia sahaja.

2       Jika mana-mana kemalangan kecil yang berlaku kepada kenderaan yang disewa (dengan kos membaik pulih di bawah RM3,000.00), pelanggan perlu menanggung semua jumlah kos membaik pulih.

3       Jika mana-mana kemalangan besar yang berlaku kepada kenderaan yang disewa (dengan kos membaik pulih melebihi RM3,000.00), pelanggan perlu membayar excess clause antara RM1,800.00 ke RM4,500.00 bergantung kepada model kenderaan.

 

Keperluan Pemandu

1       Penyewa mesti mempunyai lesen memandu kereta  Malaysia yang sah dan juga dokumen pengenalan diri Malaysia yang sah seperti kad pengenalan.

2       Warga Asing mesti memegang lesen memandu antarabangsa yang sah dan pasport yang sah. 


Tempoh sewa minimum

1       Mod sewa minimum adalah satu hari. Satu hari dikira sebagai 24 jam.

 

Petrol, Bayaran Letak Kereta, Bayaran Tol, dan kesalahan yang berkaitan

1       Kadar sewa tidak termasuk petrol, bayaran letak kereta, saman, bayaran tol dan lain-lain yang berkaitan trafik.

2       Penyewa akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk apa-apa saman atau denda yang dikeluarkan oleh polis trafik Malaysia, jabatan pengangkutan jalan atau pihak berkuasa perbandaran tempatan.

 

Mengambil Kenderaan

1       Semasa mengambil kenderaan, penyewa perlu mengemukakan: salinan Kad Pengenalan, salinan lesen, bil utiliti dan membuat jumlah pembayaran penuh (Sewa + Deposit)

 

Deposit

1       Deposit tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tempahan disaat akhir.

2       Deposit adalah untuk deposit keselamatan, dan kami akan membayar balik semula semua deposit setelah kereta tersebut dikembalikan kepada kami sama seperti keadaan asal, tanpa saman, dan kemalangan.

3       Dalam kes di mana satu caj tambahan diperlukan untuk sewa kereta, ia akan ditolak daripada deposit dan bakinya akan dibayar balik kepada penyewa, setelah kenderaan dikembalikan.

 

Cara Pembayaran.

1        Cara pembayaran adalah secara tunai. Kadar tercatat adalah dalam mata wang Ringgit Malaysia.

 

Kesediaan Kenderaan

1       Semua sewa tertakluk kepada ketersediaan.

2       Sekiranya deposit tempahan telah diletakkan dan kenderaan itu tidak boleh disediakan pada masa pengambilan, penyewa itu hendaklah diuntukkan dengan kenderaan lain dengan keupayaan yang sama.


 

Pemulangan Lewat.

1       Kereta disewa perlu dikembalikan menurut  masa yang ditetapkan.

2       Apa-apa kelewatan pemulangan kereta, penyewa akan dikenakan caj tambahan mengikut masa kelewatan.

 

 Pengecualian

1       Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

2       Kenderaan yang disewa tidak boleh dikendalikan oleh mana-mana orang lain selain daripada penyewa sendiri.

3       Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan untuk membawa penumpang, barang-barang atau bahan-bahan yang berlebihan.

4       Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan untuk menolak, menggerakkan atau tunda kenderaan lain, treler atau apa-apa benda lain.

5       Kenderaan yang disewa tidak boleh digunakan untuk mana-mana perlumbaan atau dalam mana-mana pertandingan.

6       Penyewa pelulah memastikan kenderaan itu tidak dikendalikan dengan cara yang cuai.

 

P / N: Kami berhak menukar Terma & Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top